create your own dream

My photo
22 years old malay girl. just an average adult want to express her thought,feeling :)

Tuesday, October 15, 2013

hello, hello and massive HELLO

assalamualaikum mr.blog,

wow, it's been more than 2 years after i left this blog alone. cepatnya masa berlalu.

within 2 years, a lot thinngs had happened.
many things had changed.
yeahh. many things

alhamdulilah. Allah beri aku peluang untuk bernafas di bumi milik-Nya ini. syukur:)

aku tengok balik post-post lepas.
haihh malu bang ang! memang childish sungguh nurkilan gua . HAHA

maafkan saya ketika itu ye. nasib baik takde orang pun bace blog ini. huh memang best.

I actually think blog supposed to be private. baru best nak mengarang kan?
anyway.

right now, i'm 22. and currently practical for 1 year before complete study, In sha Allah.

sebelum graduate as a dietitian student, kitorang kena lah dulu merasai menjadi student dietetian di hospital-hospital yang terpilih.

sekarang ini aku tengah praktikal di hospital raja permaisuri bainun, perak. sgt hectic. tu je aku boleh cakap

sebelum ni aku praktikal untuk oupatient dekat hospital putrajaya. kat sana aku memang suka sgtttt...
sebab apa nak tau... sebab dekat dengan rumah. hahaha part aku paling gemarrr la sgt. sekarang ni nak balik kena ingat bajet lagi, kat putrajaya semedang je la balik. tarak hal!

for personal life,

I'm single and maybe not ready to mingle. haha.

biar la dulu.

kahwin lambat lagi. biaq kawan cek sume dulu kawin. pi makan nasi minyak depa dlu. jadi pengapit dorang. then, baru pikiaq nak kawin dengan sapa. cun tak plan?

ok lah, tu je kot untuk first entry 2013. i'll keep updatig my daily routine here, how is my feeling today, sume tu la kat sini. aku try nak active balik ber-blog. try to use here as my therapy session. :)
nite. esok nak pi praktikal.

Saturday, August 27, 2011

pasang pelita

assalamualaikum. hye ppl, how r you? alhamdulilah sedar tak sedar dah masuk hari ke 28 kita berpuasa. insyAllah lagi dua hari lagi kita nak raya. cepat kan? mak-mak dirumah sudah busy nak buat kuih raya untuk para tetamu bertandang ke rumah nnt, dan seperti biasa orang paling busy sekali adalah tukang jahit. mane yang dah terima tempah memang pulun habis la nak siapkan baju raya customer. saya juga menanti baju raya 2 pasang yang masih belum siap. erk. kata makcik tu hari ini baru bole amik. harap-harap la baju kurung tu menepati citarasa, sebab raya nak dekat dah ni. nak beraya dengan baju baru kan kan? baru comel. hehe. lampu pelita dah siap pasang kat rumah aku ni. lepas berbuka je, start la kemeriahan anak-anak sedara aku main bunga api kat laman rumah, adoiii comel sungguh sebab yang si kecik siap nyanyi lagu raya lagi tu.hari malam yang gelap mula bercahaya dengan kemeriahan lampu pelita yang dipasang. 


pada raya sebelum ni membe-membe satu sekolah ade la buat reunion skit, kitorang konvoi habis sume rumah membe-membe lain time raya. ye la sume dah besar, dah bole bawak kete masing-masing, dah ade lesen memang senang la nak jalan-jalan kan, walaupon kitorang jarang jumpe, tapi ukhuwah antara kitorang tetap utuh la. tak pernah lupa kawan-kawan lama. masih mesra macam dulu. memang bestt gilerr la berkonvoi ramai-ramai time tu. aku still simpan lagi gmba kitorang sume beraya. aku harap tahun ni benda yang sama akan berlaku, aku harap kita dapat berkonvoi jugak walaupun ade antara membe kitorang yang masuk ipta awal. tapi atleast dapat la berkumpul ramai-ramai, merapatkan silaturrahim, dapat tahu keadaan masing-masing dan yang paling penting dapat bermaaf-maafan sesama kita.insyAllah.

Friday, August 26, 2011

emergency

kan best kalau harini dapat shopinggggggggggggg. bosan seh dok rumah tak buat pape. people, HELP! jeles gilerr tgk orang buat last minute persiapan nak raya. hurmmmm









Wednesday, August 24, 2011

one question.

betol ke orang sekarang berkawan atau berbuat baik dengan orang lain hanya kerana rupa paras? terpengaruh dengan kekayaan orang itu? sebab tu je ke dorang nak dekati kite. i just keep wondering all this while. aku harap aku salah dan andaian aku ni tak betul sama sekali. abah aku cakap kite kene selalu buat baik kat orang. kalau orang itu tak suke or tak bole terima, nak buat macam mane kan? aku selalu ingat benda tue. bagi aku, apa yang abah aku cakap betul. aku rasa orang akan tertawan atau sudi nak kawan dengan kita atas dasar budi bahasa dan pekerti kita. kalau budi pekerti kita baik dekat orang tu, dan buat dorang happy bila sama-sama dengan kita,mesti dorang suka nak mendampingi kita. tapi lately, aku tengok realiti ade sesetengah orang mungkin memandang kepada kekayaan dan berapa famous orang tu semata-mata. atas sebab tu dorang nak mendekati diri seseorang tu. aku pon tak paham. bagi aku kalau orang tu kaya, ade kete besar ade rumah banglo pon kalau tak hormat orang tua, suke cakap bende-bende tak elok, tak ade gunanya. entah lahh maybe orang lain ade pendapat masing-masing. ade sebab mereka tersendiri kenapa mereka ingin mendampingi seseorang itu. aku just sedih elemen budi pekerti macam tak lagi dititikberatkan sebagai perkara yang penting.


























Wednesday, August 17, 2011

puteri berimpian .

assalamualaikum.


erk alhamdulilah kenyang dah makan cucur udang untuk berbuka puasa lagi. mesti korang cakap huh? makan cucur udang je ke berbuka? chill-chill tak habis memberi penerangan lagi. HAHA. dengan hanya makan cucur udang diri ini sudah kenyang. oh no. itu bukan diriku la sayang. itu hanya dessert. hidangan utama adalah nasi lemak kukus dengan ayam percik! tarraaaaaaaaaa. haaa ni barulahh makanan sebenar gua. as usual la beli kat bazar ramadhan sri nanding. sedap woooo. ditambah pulak dengan air tembikai sebagai penyejuk tekak memang  
rasa nikmat laa. hehe. 


so how's ur ramadhan so far? i hope that everything going good dan hari ini merupakan 17 ramadhan, hari dimana umat islam menyambut nuzul al-Quran. sekejap je kan dah 17 hari kita berpuasa?




hari ini aku nak bercerita mengenai impian aku sejak 4 bulan lalu dan aku harap dapat memenuhinya satu persatu. insyAllah. well friend, let's see what is my dreamS. haha capital S sebab ade banyak impian aku tanam sejak cuti sem haritu. biasalah gua memang kuat berangan der! jom skroll bawah.






yesss aku tahu aku memang ketinggalan zaman kan. orang sume sekarang pakai blackberi je u oll. haha. bila bukak fesbuk tengok status orang, bawah die ade pulak tulis ayat ini 'VIA BLACKBERRY'. ooookayy. saya paham awak gunakan blackberry untuk beronline. saya sangat jeles ye kawan-kawan. bukan terpengaruh ke ape ke, tak kisah la dapat blackberi ke tak, kau tahu mahal, haha. unkle JPA pulakk tak bagi elaun kat saya lagi. so memang poket ckup-cukup je nak mulakan semester baru bulan 9 ni. insyAllah. abah cakap'eh tak payah la nak beli fon baru, fon lama ade lagi, elok kan? betol cakap abah, aku kena la beringat kan, ye la awak tu student. haihhh kene pandai bajet-bajet duit nie. nanti nak bayar yuran macam mane? bukan murah yuran upm weh. agak beribu-ribu la. kene keje 4 bulan gaji baru la dapat bayar yuran tu*erkk over sangat kan 4 bulan tue?* hmmm. takpe la saba eh ca, mane tau ade rezeki lebih, tak dapat blackberi, whiteberi ke, purpleberi pon okay hape kan. HAHAHA. okay mengarut. okay next dream


tengok betapa comel dan murninya dorang membuat kek. mini chef la katakan. sejak mengambil course dietetian di UPM ni, aku sedar benda ni aku kene belaja dari dulu lagi. aku memang tak reti masak, serious bukan cakap berselindung ke hape ke, takde-takde. ini fakta semata-mata. aku paling reti masak air je. kalau la mak mertua tahu bende ni memang aku kena reject la kan. ape la aku nak bagi suami aku makan nanti? OH NO. tak sanggup aku bayangkan benda itu. terbayang cite mak metuaku pulak. sejak usia hampir meningkat tua ni kan, aku mula sedar skill memasak ni harus aku asah. malu la kan anak dara tak reti masak. dah memang bertentangan dengan adat orang melayu dulu-dulu ni. lagipon aku kena belaja memasak kerana part form being future dietetian. insyAllah. aku kena pandai memasak dahulu, kena kenal apa ingredient dalam masakanan. then baru bole paham dan nasihat orang lain pasal pemakanan. so mau tak mau aku kena ada atleast 80 percent skill memasak. banyak kan percentage tue. tapi smpai sekarang aku hanya mampu mengumpul 15% je kot. malas punya pasal. 

impian aku juga adalah ingin berjaya untuk membuat cupcake untuk si DIA. ehem-ehem birthday die dekat dah. aku ingat nak buat something yang comel la untuk dia. aku memerlukan bantuan mum aku untuk mereliasasikan impian ini. harap-harap la benda ni menjadi. tapi kalau cupcake ini tidak mencapai piawai perut untuk menghadam, terpaksa la aku pikir alternatif lain. soory ehh encik boyfie maybe beli cupcake je la kot. 

aku dah berjaya mendapat lesen L ini.

TETAPIIII. lesen P aku tak tahu la bila nak amik. hari ini aku sangat geram sebab aku sepatutnya amik test jpj 23 ogos ni kena tunda sebab jpj ade operasi. adoiii. memang sakit hati dan sedih la. gua dah semangat dahh nak amik test jpj tue. last-last kak tisha call cakap tak bole amik next week plak. kena tnggu 13 september. adoii mane bole der, gua baru je masuk kuliah macam mane nak ponteng? hmmm terpaksa la gua postpon dulu amik test tue. harap-harap la aku dapat settelkan test ni dengan cepat sebab aku ni cepat lupa. kalau lama sgt hold konfirm aku lupa macam mana nak bwak kete. aku ni dah la penakut nak bawak kete. time mood aku gagah perkasa je aku berani bawak kete. 


besaunya cermin mata ni mak aihh. impian comel aku juga nak tukar cermin mata lama aku ni kepada yang cermin mata yang comel lagi. act okay je cermin mata aku yang dulu ni, tapi aku dapat rasakan power mata aku makin naik la. nak pakai contact lens mum aku tak kasi sebab takot aku tak pandai jaga. ye la, aku ni dah la pemalas, comott, selalu letak barang berselerak dan pelupa*terlalu obvious memberitahu kelemahan diri* so aku memang kurang layak la nak jadi pemakai contact lens ni. ada jugak la pujuk mum nak pakai contact lens tapi jawapan tetap sama. takpe la mum aku lebih tahu apa yang terbaik untuk anak perempuan die yang comel ni. eh silap comot. haaha. tapi perasan tak aku tak pernah amik gmba time pakai cermin mata. alasan sgt simple, aku segan! haha. tak comel je time aku pakai cermin mata. aku just pakai benda tu time belaja dan tengok tv. haaaa satu lagi time ushaaa hot guy. opppssssss!

hehe erk, ini pon termasuk eh dalam impian aku? haha ade la skit-skit. eh impian saya bukan ingin memiliki baju ini ye.no no. tetapi apa yang tertulis di baju itu. tapi kann.. aku rasa aku dah jumpa kottt orang itu. ehem ehemm.. sila lihat bawah ye kawan-kawan




















bawah lagii...

























belom lagi. sila tekan error ke bawah di keyboard anda dengan sabar..

































okay sabar sabar....

















TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

haha. malu la pulak =.= . yes he's mine. thank you muhammad hakim sebab selalu mengalah time kita bergaduh. selalu layan je kegedikan i. and always say 'i love u'  everyday dekat i. i really appreciate it so much. and i hope u happy selalu and i want to be one of the reason you smile . sayang you . i want nobody nobody but YOU. haha.









Monday, August 15, 2011

gua adalah gua

amboi ganas lakk rasa tgk entry hari ini. haha assalamualaikum ppl, salam ramadhan. alhamdulilah hari ini dah nak masuk 16 ramadhan dahh. sekejap je kan. aku bole dengar lagu raya berkumandang di corong-corong radio. makin semangat dan excited la aku nak beraya, nak dapat duit raya. erk note to myself aku rasa duit raya semakin tahun semakin kecil . hmm mengapakah? aku cuba berfikiran positif. maybe ade dua sebab utama. pertama maybe unkle dan auntie saya tak perasan saya sangat kot sebab sibuk melayan tetamu dan membuat air di dapur*okay agak kurang menyakinkan alasan ni* ATAUPUN maybe sebab saya kurang beraya di rumah sanak sedare kerana syok sangat tengok tv. *lagi tk bole pakai alasan ni kawan-kawan. aku rasa itu la alasannya. haha. 


tadi pon lepas berbuka, aku dengar abah cakap-cakap dan menyakat anak sedara aku yang sangat comel, iqbal dan athirah. dorang ddk sebelah rumah je. hehe. dorang nak main mercun. dorang comel sangat. adik dengan abang ni masing-masing kecik2 je. tak silap aku 2 tahun dengan setahun kot. dorang seronok main bunga api dengan mercun pop-pop tue. alahaiii seronok je tgk gelagat dorang. iqbal dengan kecoh-kecoh cakap dengan abah 'atuk, atuk mercun ni bole meletop' macam tu la die cakap kot. haha tpi masalahnya aku dengan mercun pop-pop pon macama ada reflection nak lari je. apa pasal la eh? tak rock dahh aku ni. adoiii.


petang tadi, time aku beronline selama beberapa jam, tak tahu la kenapa aku tiba-tiba mempunyai kesedaran iaitu be yourself. jangan jadi orang lain, jangan jadi selain dari diri sendiri untuk menyenangkan hati orang lain. bende tue maybe macam hipokrit la. aku admit aku penah melalui situasi macam ni, demi untuk membuat orang tu suka dan selesa dgn diri kite, aku memilih untuk menjadi seperti dorang. aku tak yakin pada diri sendiri kot time tue. maybe i'm not good when it's time to mix around with people especially to stranger. aku akan rasa seram sejuk, tak tau nak buat ape. eventually menjadi pemalu,  penyegan sume tue la. but bende tu end up sakitkan hati kite jgk. well, now aku sedar. aku tau first rule is to be truth to yourself. love yourself and accept yourself. dalam term yang lain,kene ade confident babe! HAHA. tu la bende yang aku struggle sampai hari ni. confident aku tak kukuh lagi but i'm working on it. kalau orang tu tak dapat nak terima diri kita, nak buat macam mane kan? tapi kalau orang tu accept diri kita sebab diri kita sendiri, sure kita akan berpuas hati dan gembira. right? 









HAHA. okay la. aku nak share lagu hari raya yang aku suke, jom jom dengaq. :) time ni anuar zain comel-comel je. kecik lagi kot. tpi suara memang power la. 


Friday, August 12, 2011

mission possible II

assalamualaikum. hello dear friend. haha. well another entry for today 12 august 2011. dah 12 hari kite sume berpuasa kan, rasa macam baru semalam je aku dengar pengumuman puasa. haha. cepat kan hari berlalu. okay, aku nak cerita apa yang menarik berlaku hari ini, ape erk? haaa seperti biasa la bangun agak lambat hari ini. pukul berapa? ohh usah la bertanya, cukup la aku bagi tahu kalau future mother in law tau ni, memang susah la die nak percaya aku jadi menantu die, haha. actually hari ini aku ade date dengan bestfriend aku, umi nasirah comel. hee tapi unfortunately dating kitorang tak jadi sebab bus die dari jengka bertolak pukul 6. hmmm sedihnyaaa babe:( tapi takpe la dear, next time eh kita makan pizza same-same. awak balik lagi nanti kita meronggeng habis-habisan eh*wahh ayat sakan ni* haha. sayangg awak! tetapi tiba-tiba craving aku terhadap pizza semakin meluap-luap. aku bole bayangkan pizza depan mata wa je beb! uihh memang tak bole jadi la macam tu kan. ape lagi call mum pujuk2 jom makan pizza. my mum yang baik lagi cantik pon setuju je la dengan kegedikan anak perempuan die ni. heee lepas amik mum pkul 9 malam tadi,terus g pizza hut ampang point, sebab situ je paling dekat. memang awsome la! thank you mummy! balik-balik je perut dah jaid double sebab terlalu kenyang.